Aku lebih curiga nantikan rancangan Tuhan
Aku bukan jenis jadualkan hidup aku
Aku ikutkan sahaja mana malaikat menyorong, dan syaitan terkadang tarik
Sekarang semua bertambah sial
Ia tidak lagi sesenang seperti semalam
Kau kena bersedia
untk dihumban sesudah lunyai diguna pakai
untk bercinta kemudian dijual ke Cina
untk percaya pada pelakon opera
untuk dirogol jiwa dan raga
untuk mempertuhankan yg hina
untuk tolong suluh jalan pada parasit
untuk hilang pertimbangan atas wang dan perhatian
Kau harus lengkapkan diri, bersedia
Bukan bersedia dgn bantuan vodka, tapi doa.
Kerana aku separa gagal
No comments:
Post a Comment