Wednesday, November 2, 2011

Filter 30%

Dimana ada jalan lagi?
Apa lagi yg harus aku letak dalam bakul cita-cita
tapi sayang,bakul itu bolos.

Polis mimpi sudah lama hilang
lantas aku lemas
selalu dia tarik aku atas darat, suluh cahaya dekat mata
Perit, hidung menghirup segala zahrah air yg kejernihan nya boleh dipersoal dan dikaji oleh jabatan alam sekitar
tapi hanya itu mampu lempang roh aku supaya belajar berenang sendiri.

Bulan Ramadhan, aku belajar untuk kawal minda aku yg buas
Kawal rembesan ayat-ayat terlampau jujur aku
Aku belajar mengalah dalam kenyataan dan dalam maya
Aku cuba olah kembali apa yg tertinggal dan apa yg perlu dilakukan apa yg boleh diperbaiki


#Hidup ini sekali, pendek kerana hidup selepas itu lebih memakan masa.

No comments:

Post a Comment