Wednesday, November 2, 2011

Dahaga part 2

Ruang diantara cermin
buat aku faham lebih dalam.

Apa ada pada fizikal tidak diertikan langsung oleh interior yg dalamnya
dan ada seketika seperti roh itu adalah jasad
dan jasad itu adalah roh.

Fizikal sentiasa diutamakan dalam sesi analisis
lagi cantik, berbondong-bondong yang berkawan
lagi kemas lagi berada, semakin ramai yg rapat.

Semua itu tidak kekal

Masa berjalan, berlari dan berlalu.
Kulit yg cantik akan berkedut
Badan meliuk lentok akan lari bentuk acuan nya
dan
harta itu semua boleh hilang atas kemahuan-Nya


Apa yg tinggal adalah cara kau faham komposisi hidup kau
cara otak kau berfungsi memproses pengalaman dan tohmahan
cara kau bangkit daripada jatuh terjelepok
dan cara kau faham apa fungsi kewujudan.


Hiraukan persepsi lainnya
kerana kau hidup bukan untuk siapa-siapa


hidup kau adalah untuk kau.

No comments:

Post a Comment